Isnin, 31 Disember 2012

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS




MICROSOFT ACCESS

 

Microsoft Access 2007 merupakan sistem pengurusan pangkalan data yang efisien dan berfungsi pada persekitaran Windows. Perisian dari Microsoft ini membenarkan data disimpan, dimanipulasi dan diproses dalam satu entiti yang berasingan (table).

Antara ciri-ciri asas yang ada dalam Microsoft Access 2007 adalah:

Data Entri dan Kemaskini : Mekanisma pengurusan data sama ada tambah data, ubah / edit data dan hapus data.

Query (Pertanyaan) : Mekanisma pertanyaan dalam mengeluarkan hasil atau output yang tepat dari pangkalan data.

Forms (Borang) : Mekanisme antara muka yang memaparkan data pada bentuk yang mudah difahami.

Laporan : Mekanisma menghasilkan laporan mengikut pertanyaan (query) yang dilaksanakan.

Sokongan pada Pelayar Web : Mekanisma pengurusan data yang boleh dipaparkan pada pelayar web.

 

Kami diminta CREATE TABLE,QUERY,REPORT DAN FORM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan